Cerita Hantu - Pocong Dalam Dorm

 kami berpendapat untuk tinggal  lagi di asrama Cerita Hantu - Pocong Dalam Dorm
- Hari terakhir Exem SPM .. selepas habis menjawab kertas Biologi, lebih kurang pukul 4 ptg (kalu tak silap la).. kami berpendapat untuk tinggal lagi di asrama.. kira malam last la.. takut nnt tak jumpa dah.. maklum la baru merdeka .. memasing dok pasang angan nak bekerja cari duit.. jadi ramai yang dah mula balik ke rumah masing masing.. hanya tinggal kami lebih kurang 10 orang.. warden pun tade masalah.. janji besok kena keluar la.. jgn gatai nak lepak lagi kat asrama.. hehe..
Jam 6.00 petang kami ke dewan makan untuk makan petang.. kata warden makanan ada lagi kalu nak makan pergi la ke dewan makan.. dalam perjalan ke dewan makan tu.. kami ikut jalan pintas.. ikut jalan belakang.. tetiba salah sorang dr kami menjerit..” wehhhh korang Nampak tak ,apa benda tu”.. kami semua behenti.. menoleh kearah pagar belakang skolah.. seperti yang di tunjuk oleh kawan tu ..jarak pagar dengan tempat kami berhenti lebih kurang 50 meter.. Kelihatan seperti sekor binatang yang kepalanya tersangkut dip agar tu.. (pagar hijau).. kami menghampiri pagar.. betul la ada seekor kancil kepalanya terlekat dalam lubang pagar tu.. “huisss lauk ni.. sedap tuuu..” keluar kata2 dari mulut salah seorang dari kami.. hehehe.. semua tersenyum.. dapat lauk free.. jom tangkap.. nnt kita sembelih pastu panggang..

Setelah dapat menangkap kancil tu.. kami bawa ke dewan.. kami suruh abang tukang masak tu sembelih.. seorang kawan kami yang tolong pegang masa proses sembelih dan lapah tu.. kami yang lain lepak kat dalam dewan je.. kami tapau semua makanan yang ada dalam dewan tu untuk bawa balik dorm.. kancil tadi abang tukang masak tu tolong panggangkan…. Setelah semua selesai.. kami bawa pun berjalan balik.. dalam perjalanan tu.. hati macam tak sedap je.. macam ada benda dok ikut kami… aku buat derk je la.. mungkin sebab masa tu remang senja..jadi macam2 la dalam kepala.. sampai saja dalam dorm kawan aku yang tolong proses kancil tu bawa satu bekas plastik dan letak kat penjuru bilik..kami mulakan la seisi memakan.. hahaha.. Cuma aku je tak makan kancil tu.. (mmg tak makan pun.. kancil,sotong,ketam, dll)..

Selesai makan kami mengemas bilik tu.. aku Tanya kawan aku sorang tu.. “ko letak apa kat hujung bilik tu?”.. nak tau apa dia bg tau.. tu kepala kancil ngan semangkuk darah dia.. terkejut aku.. ko nak buat apa dengan menda tu.. tau apa dia jawab?.. ko nak tau tgk la malam karang.. siot betol.. aku dah cuak.. yele .. dah la ada darah .. siap kepala lak tu.. aku tak bagi tau memember yang lain.. kami g mandi.. lepas mandi lebih kurang pkl 9 malam.. kami mula la berborak sambil hisap rokok.. hahaha.. masa ni cikgu ke warden ke dah tak leh nak kata apa dah.. topic memula. Biasa la pasal nak kerja mana lepas ni.. pasal aweks.. pasal motor(masa tu rxz mmg popular la).. sampai la cerita pasal hantu.. cerita hantu pochong yang lompat dari tanah ke tingkat satu tu kami cerita balik..

Suasana seram dah menyelubungi kami… sedar tak sedar jam pun dah tungjuk pukul 1 lebih.. sedang laka kami berborak terdengar satu suara aneh dalam dorm tu.. memula sayup.. macam jauh je.. kendian semain jelas suara tu.. kami berpandangan .. erkk.. suara macam binatang kancil yang kami tangkap ptg tadi (sori aku tak pandai nak ajuk bunyi tu).. Haaa sudahhh.. bau hanyir macam bau darah mula bermain dihidung.. hamisss.. sudah.. kami semua lari ke katil masing2.. mujurla katil aku mmg kat tgh2.. tak la cuak.. kendian kami rapatkan katil.. jadi la katil double dacker yang panjang.. aku mmg cop yang tengah dah la.. sebb mmg katil aku.. haha..kami tidur rapat2..

Suasana masih lagi dengan bunyi dan bau yang aneh tu.. kami diam tak berkata.. dengan selimut yang menutupi kami semua seperti pocong dah.. tetiba… katil yang diatas seperti ada sesuatu yang melompat.. dari satu katil ke satu katil.. dekat 10 minit gak la menda tu duduk diatas tu baru la dia berhenti.. kami tak pasti apa benda tu.. bila dah rasa selamat sikit kami beranikan diri untuk mengintai.. mmg dah tade dah menda tu.. kami rasa lega.. kami on semua lampu bilik.. terang benderang bilik tu.. yang pasti aku lihat mangkuk yang ada darah kancil tu dah terbalik.. separuh darah tu tumpah atas lantai.. kengkawan yg lain mmg tak tahu lagi.. mungkin dorang tak perasan..

Tiba2.. ntah dari mana muncul sekor kucing hitam berlari dengan pantas kearah pintu keluar dan terus keluar.. sebab kami dengar bunyi kucing tu kat luar..Yang pelik nya macam mana dia keluar sedangkan pintu tu tertutup dan berkunci.. kami cuba tidur.. tetapi sorang pon tak leh tidur.. bila pejam je mata rasa macam ada macam2 benda dalam bilik tu.. so kami terus la borak ..badan memasing dah berselimut tutup semua.. hahha.. sampai la azan subuh baru dapat tidur..

Jam 10 pagi baru bangun.. baru la aku ngan sorang kawan tu bg tu yang dia bawak balik darah ngan kepala kancil tu dalam bilik.. mungkin menda tu nak balik atau nak soh tanam elok2.. kami tanam kepala ngan darah kancil tu kat belakang asrama… cuci balik lantai yang kotor kena darah tu.. lebih kurang pkl 12 tgh hari kami check out dari asrama tu.. membawa haluan masing2..

Sekian la cerita aku sedara/i ..



Credit:Sumber
Lebih baru Lebih lama